Assalamualaikum kwn2 sekalian.Hrp korang enjoy bacer novel yg saya buat ni.Novel ni x der la best maner pon,just hrp korang enjoy jer.By the way saya baru umur 11 tahun.Kisah cerita novel ini tidak berkaitan dengan kehidupan saya.Ianya adalah rekaan semata mataJadi bagi akak2 dan abg2 di luar sane,mintak tunjuk ajr yer> have fun.







Tuesday, 26 July 2011

BAB 2: Bermulanya cinta (page 5)

           "Anis,bangun. Pergi sekolah." Pujuk papa Anis. "Tak nak. Malas." Balas Anis dan menguap."Kalau tak nak nanti papa potong credit kad Anis." Ugut papa Anis. "Yela. Nanti kalau tak ade credit card siapa yang susah ? Anis jugak." Kata Anis yang sedang mengomel-ngomel seorang diri.

           Anis pun segera mandi dan turun ke bawah. Kemudian bersarapan pagi dengan roti bakar dan juga susu."Sempat lagi dok terhegeh hegeh kat sini ? Pergi la naik kereta cepat. Pemandu hantarkan." Kata papa Anis
"Ala. Lapar ni. Semalam tak makan apa apa pun" Merayu Anis dengan muka sepuluh sen nya."Kalau Anis pergi sekolah sekarang, nanti papa kasi keluar dengan kawan sabtu ni." Pujuk papa Anis.

             Anis segera bangun dan menunjuk tabik hormat dan menyalam papanya dan terus masuk ke dalam perut kereta.Papa Anis hanya menggeleng geleng kan kepalanya.

          Sampai di sekolah Anis ditegur oleh rakan rakannya. Mereka pun berjalan masuk ke dalam kelas dengan menggedik gediknye. "Anis, Anis tau tak ada budak baru nak masuk nanti." Jelas Dalila kepada Anis. "A'ah kita pun ada dengar. mesti hansem kan ?" Kata Syarifah pula. "Macam mana Dalila dan Syarifah tau?Dan siapa ?" Soal Anis kepada Dalila dan Syarifah."Alah si adik angkat awak Apong tu kasi tau." Terang Syarifah. "Ok nanti kita tanye Apong. Dah kita duduk tempat dulu. Bye." Kata Anis.

         "Ok murid murid, hari ini ada budak baru. Dia berasal dari sini tapi dulu dia sekolah lain." Terang Cikgu Zanariah."Ok murid sila masuk dan memperkenalkan diri." Sambung Cikgu Zanariah lagi. Setelah murid tersebut masuk, mulut Anis memang terlopong besar dan juga rasa tidak puas hati dengan murid itu tetapi, setelah murid tersebut melihat Anis, dia hanya tersengih seperti kerang busuk.

BERSAMBUNG...