"Sini aku nak 'head kick' kepale kau'' Kata Azrul apabila sudah masuk ke dalam kereta.''Lain kali je la wei.Kaki kau tu busuk tau tak? Kalau kau nak 'head kick' pun, tak payah la nak guna kaki busuk kau tu.Pergi basuh lepas tu sabun betul-betul kaki kau tu.'' Balas Anis tanpa memandang ke arah Azrul.''Cantik nyer mulut kau.Mane kau belajar?'' Kata Azrul yang ingin memulakan peperangan.
Walaupun sudah 10 minit berlalu,Anis masih tidak membalasnya.''Hoi! Dah mengalah ke? Cepatnya mengalah.Loser.'' Balas Azrul.Tiba-tiba kepala Anis terjatuh di atas bahu Azrul.Tidur rupanya budak ni. Patutla tak balas. Kalau tak, mesti dengan sepenuh jiwa raganya dia balas semua kata-kata aku.Tapi comel jugak cara dia tidur. Detik hati Azrul.
''I can read your mind.Well, aku tahu la aku ni comel. Tak payah la nak puji lebih-lebih.'' Balas Anis sambil memejam mata.'' Kau ni, tidur ke tak? Satu lagi. Kau semua boleh baca fikiran aku.Kalau boleh dengan hati-hati aku sekali kau nak baca.'' Balas Azrul sambil tersengih seperti kerang busuk.'' Aku tengah tidur la ni. Kau ni hah peganggu keamanan. Mesti la aku boleh bace fikiran kau. Aku dengan kau ni kan seotak sejiwa. Cuma aku pandai sikit dari kau. Dah la, aku nak tidur. Jangan ganggu. Good night Anis. Sweet Dream. Balas Anis dan mula tidur.
'' Sweet dream sweet dream. Aku jadikan Bad dream kang. Baru tahu.'' Kata Azrul yang hanya ingin mengusik Anis. Anis langsung tidak membalasnya. Sepatah perkataan pun tidak. Tapi, ni peluang bagus ni. Boleh aku tangkap gambar lepas tu masuk dalam 'Facebook'. Mesti malu gila dia. Detik hati Azrul dan mengeluarkan telefon bimbitnya. Belum sempat Azrul ingin menangkap gambar Anis, Anis sudah merampas telefon itu dari tangan Azru;.
'' Kau memang nak kene cepuk dengan aku.Aku tahu la aku ni comel. Tak payah la nak ambil gambar.'' Balas Anis dalam keadaan tidur tidur ayam. '' Kau ni mayat hidup ke ape? Kejap bangun. Kejap tak. Nak bangun bangun je la.'' Balas Azrul dan agak terkejut kerana Anis tahu apa yang mahu dilakukan oleh nya. '' Memang aku mayat hidup. Ape masalah kau. Kau jangan ambil gambar aku masa tengah tidur lagi. Kalau tak, kau makan la penampar aku ni. Dah nak tidur.'' Balas Anis.
'' Yela. Kau bangun la dari bahu aku ni. Berat la. Bagaikan 1 tan.'' Kata Azrul. '' Ala, kejap la. Nak tidur.'' Balas Anis. '' Okey, tapi kau kene bayar 100 trillion.Ape macam?'' Soal Azrul. '' Kau nak kiri ke kanan?'' Soal Anis pula. '' Dua-dua tak mahu.'' Balas Azrul.'' Tahu pun. Kalau macam tu senyap la. Banyak bunyi la kau.'' Balas Anis. '' Yela, kau je yang menang. Aku je yang kalah.'' Azrul mengalah.'' Macam tu lah.'' Balas Anis dengan gembira.
BERSAMBUNG...